Bersahabat dengan jin Hantu_dalam_masyarakat_Melayu

Bersahabat dengan jin merujuk kepada seseorang yang mengikat tali persahabatan dengan makhluk halus. Persahabatan ini biasanya tidak digalakkan kerana ia mampu mendorong seseorang menjadi syirik, tetapi selalunya masih dilakukan kerana keinginan mendapat kelebihan tertentu seperti kebolehan mengubat. Kebolehan berubat merupakan bisikan daripada jin yang menjurus kepada syirik kerana pengamal telah memohon kepada jin untuk menolong beliau. Persahabatan dengan jin ini juga dikenali sebagai saka.

Mereka yang bersahabat dengan jin ini perlu mematuhi beberapa syarat seperti terdapat jin yang meminta persembahan makanan, ada yang perlu dibakar kemian[Penjelasan diperlukan] setiap waktu tertentu, dan ada yang mengenakan apa-apa syarat kecuali mereka yang mengerjakan amalan Islam dengan taat. Jin yang mengenakan syarat kepada mereka yang bersahabat dengan mereka agar mengerjakan amalan Islam dengan taat biasanya dikenali sebagai jin Islam atau kaum bunian.

Karya berkenaan interaksi manusia dan Jin boleh dilihat dalam kisah fiksyen hasil tulisan Tamar Jalis yang menceritakan polemik perhubungan antara Jin dan manusia. Karya bersiri ini boleh didapati di internet dan buku. Ia dinamakan Siri Bercakap Dengan Jin.[5]

Cara berhubung dengan sahabat jin

  • Cara lama ialah memanggil bomoh atau pawang di dalam sesebuah kampung. Bomoh atau pawang biasanya membakar kemenyan, membaca mentera tertentu seperti yang dalam bahasa Jawa, kain kuning dan dedaun-dedaun tertentu sebagi peramu atau perambas. Untuk kes yang lebih berat, kambing akan disembelih, darahnya dijadikan acak (hidangan kepada hantu) dan dihanyutkan ke dalam sungai. Daging kambing dimasak dan dimakan secara beramai-ramai. Sekarang perkara ini tidak lagi dilakukan kerana perkara itu telah diketahui sebagai syirik.
  • Di Terengganu, tarian Ulek Mayang atau Main Puteri akan dipersembahkan. Sekiranya seseorang itu gagal diubati dengan cara biasa, satu upacara besar-besaran dengan tarian Ulik Mayang atau Main Puteri akan dilakukan. Nyanyian lagu Ulik Mayang yang merdu berserta tarian ringkas, dirambas (dikibas) dengan tandan pinang kecil menyeru tuan puteri (bunian) agar datang menyembuhkan pesakit.
  • Di banyak tempat, bomoh boleh 'menyelap' atau 'menurun' hingga boleh bertutur bahasa asing. Contohnya bahasa Siam, bahasa Jawa, bahasa Jerman dan bahasa Inggeris. Pendengar akan kehairanan kerana bagaimana jin boleh berbahasa asing walaupun sepatah dua sahaja.
  • Mutu bomoh semakin meningkat jika berasal daripada kalangan Orang Asli, orang Siam atau orang Jawa. Ilmu orang Asli tentang cara menghalau hantu dan memanggil hantu dipercayai lebih mujarab dan sangat ditakuti.

Rujukan

WikiPedia: Hantu_dalam_masyarakat_Melayu http://mistique.i8.com/ghozt.htm http://mistique.i8.com/tragedi_pemikiran_melayu.ht... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TamarJa... http://books.google.com.my/books?id=6u8MAQAAMAAJ&q... http://books.google.com.my/books?id=NNcXrBlI9S0C&p... http://books.google.com.my/books?id=_eqWwjSVFYAC&p... http://books.google.com.my/books?id=kjbaJrnVpDAC&p... http://books.google.com.my/books?id=mgYQ4Cl16OkC&p... https://books.google.com.my/books?id=LNu6b6uY7PgC&... https://books.google.com.my/books?id=uhKWCwAAQBAJ&...